Oleh : Ahmad Faizol
MARANG – Rumah Ketua Jabatan Amal negeri Terengganu, yang terletak di Kampung Termala Hilir, musnah dalam satu kebakaran tengahari ini.
Rumah yang telah didiami oleh beliau selama dua belas tahun telah musnah sama sekali dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12:15.
Ketika Kejadian, Sauji bin Rashid, 39, sedang berkerja manakala isterinya Sakinah Jusoh, 32, sedang mengambil anak mereka pulang dari sekolah.
“Saya dapat panggilan daripada isteri saya dalam pukul dua belas suku mengatakan rumah (kami) terbakar”
“Ketika itu saya berada di bandar Kuala Terengganu, lepas tu saya terus telefon bomba dan bergegas balik ke rumah dan melihat semuanya sudah habis (terbakar),”ujarnya ketika ditemui selepas rumah itu rentung.
Sehubungan itu, Pengerusi Majjis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memberi bantuan dan membantu menyelasaikan masalah perumahan kekal kepada mangsa.
“Kami akan membantu memastikan keperluan sauji semua sekali sehingga ke peringkat selesaikan masalah perumahan”, katanya ketika dihubungi.
Sehingga kini, menurut Sauji, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.










