BESUT – Sudah dua kali pilihan raya, kali ke-13 dan 14, kerajaan ‘menggula-gulakan’ anak-anak muda di Felda Tenang dengan janji mahu mendirikan rumah untuk generasi kedua.
Rusdi Sulong, 46, masih ingat pada pilihan raya yang lalu, kerajaan dan Felda bersama-sama memperdayakan beliau dan kawan-kawannya, sehingga mambawa sebuah ‘kontena’.


“bila lepas pilihan raya, dia angkut semula kontena entah ke mana dan cerita tentang nak buat rumah pun lenyap,”ujarnya.
Katanya, pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak Faelda tidak mahu mendirikan rumah bagi gegerasi kedua sebagaimana dijanjikan.
Bahkan, beliau yakin, apabila saat hampir kepada pilihan raya akan datang pasti janji untuk membina rumah tersebut akan digunakan oleh Umno dan BN untuk ‘memancing’ undi.
Rakannya Zaharin Idris. 38, turut meluahkan kekecewaan kerana kerajaan dan Felda masih belum menepati janji sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Dato’ Seri Najib dah janji……..baru ni masa pilihan raya kecil Rompin pun janji nak buat rumah untuk kami anak-anak Felda, tapi nampaknya ‘gelap gambar’……..,


Sehubungan itu Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut Cikgu Solahuddin Jaafar menggesa Felda dan kerajaan berhenti membohongi anak-anak muda Felda.
Beliau berkata pihak pengurusan Felda dan kerajaan negeri perlu serius dan mengambil tindakan untuk memenuhi janji, bukan memperolok-olokkan dan memberi pelbagai alasan.
“saya rasa isu ini dah masuk puluhan tahun………..dari anak-anak kecil sampai sekarang dah ramai yang bercucu, nak tunggu janji Felda dan kerajaan buat rumah untuk anak-anak Felda,
“kerajaan boleh mengambil semula tanah Felda untuk buat rekreasi di Air Panas La, dekat sini……jadi saya rasa tak ada masalah untuk menyediakan tapak rumah,”tegasnya.





























