Oleh : TS Annuar Musa
Saya ditanya bertubi tubi,namun sebelum ini saya tidak menjawab kerana saya takut ada yg tersinggung.
Petang tadi Pemuda Pas Selangor mengatur sidang media selepas saya melancarkan JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA SELANGOR,dan saya turut hadhir.Sudah di jangka soalan itu timbul lagi dan saya jawablah seikhlas hati.
Tiada satu sebab untuk saya meninggalkan PAS.Saya tidak pernah meninggalkan UMNO.Saya istiqamah ingin melihat umno memimpin penyatuan umat Melayu Islam.Malangnya umno memilih PH DAP.
Saya dibuang tanpa tunjuk sebab,tanpa notis,tanpa peluang mengetahui apa salah saya,tanpa proses membela diri.
Itu balasan pimpinan UMNO terhadap perjuangan saya 45 tahun dalam UMNO dan sebagai pangasas penaja menghidupkan umno selepas diharamkan dengan no ahli 0000000124
Saya tidak berparti beberapa bulan.Saya menilai masa depan orang Melayu dan Islam serta parti parti yang ada untuk jadi pilihan atau kekal tanpa parti.Saya menilai secara jujur di mana dan ke mana UMNO nak dibawa.Saya cuba meramal masa depan perjuangan orang Melayu dan Islam di Malaysia.
1hb Rajab 2023 sewaktu berada di Makkah Almukarramah,saya menemui jawapan..Satu satunya parti yang memperjuangkan SIASAH,DAKWAH,DAN TARBIYAH serta kukuh dasarnya pada ISLAM adalah PAS..lalu menerusi satu panggilan talipon kepada SUA Pas saya maklumkan saya redha untuk berjuang bersamanya.Saya tidak memilih duduk tanpa Parti.Saya memilih untuk terus berjuang.
Setahun kemudian ternyata ramalan saya tepat.Rakyat mengangkat Pas menjadi parti terbesar di Parlimen.Hampir 200 pemimpin Pas bergelar wakil rakyat dan menguasai negeri,alhamdulillah
Didalam Pas saya diberi ruang untuk menyumbang sekadar mampu.Saya bersyukur walau peranan saya kecil saja.Saya tidak wakil rakyat,saya tidak memimpin cawangan,atau kawasan,atau dlm saf pegawai tinggi parti saperti semasa dalam umno,tetapi sudah lebih dari mencukupi untuk saya menumpang berjuang demi Islam dan orang Melayu serta rakyat keseluruhannya.
Hari ini setelah lebih 40 tahun dlm umno dan lebih 3 tahun dalam Pas,dapatlah saya tegaskan TIDAK ADA SATU SEBAB PUN UTK SAYA MENINGGALKAN JEMAAH INI…
Rumah Bangsa jenama baru,tetapi isinya tetap sama.Tuan punya rumah pun tuan yang sama.
Saya sudah pun berada dalam Rumah Agama Rumah Bangsa Rumah Negara atau apa saja nama.Yang penting apa dasar anutan tuan punya rumah.Rasanya ia tetap Rumah Lama
Apa pun saya hargai ajakan terbuka kepada mangsa pemecatan dan penggatungan kononnya untuk memperkasa parti..ternyata belum cukup perkasa rupanya.
Insyallah kita masing masing punya landasan dalam berjuang.Buatlah pilihan.
Bagi saya yang penting adalah keredhaan Allah…jalan yang betul
صِرَا طَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْنَ
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
(QS. Al-Fatihah 1: Ayat 7)
Wallahuaklam..
Selamat Beribadat Sepanjang Ramadan semoga beroleh nikmat Lailatul Qadr..
Insyaallah.





























