Perbezaan pendapat adalah sifat manusia dari nabi Adam sehingga hari ini, begitu jugalah yang berlaku dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia berlaku sejak dari awal apabila pada tahun 1950-an Ketua PAS yang pertama Tuan Haji Ahmad Fuad telah keluar dan menyertai Parti Negara.
“ia lebih parah…….lebih parah dari yang berlaku sekarang ini, dalam tahun 1982 (pula) Presiden PAS (ketika itu) Dato’ Asri (Muda) keluar parti,
“(kejadian) itu sangat parah……yang ikut dia (keluar parti) tujuh, lapan orang……namun PAS dapat meneruskan ‘bahteranya’,”jelas beliau.
Dalam program Biacara Khas di MyHarakah Bazaar semalam 20 Mei, beliau berkata kesinambungan perjuangan PAS berlaku kerana PAS konsisten dengan dasar-dasar, akhlak dan adap perjuangan Islam.


“dalam keluarga ada (apatah lagi) dalam parti pun adalah……..tapi ia (akhlak dan adab) adalah amat penting bagi kita, yang meneguhkan parti kita,
“cumanya…….masa dahulu tidak ada media canggih seperti sekarang…..langit terbuka……membelah akal manusia terlalu bebas media-media ini,
“namun In sha Allah kita dapat mengawal ahli-ahli kita dimana sejak adanya media sosial ini, sudah beberapa kali (tindakan) cuba nak memecahkan PAS,”tegas beliau.
Antara usaha yang berlaku, ada tindakan yang memecahkan PAS anatara pantai Timur dan Barat dan antara golongan Ulamak dan Profesional dalam PAS.
Tetapi beliau berkata, ia berlaku dalam tempoh hampir dengan ‘pemilihan parti’ dan hilang selepas itu.
Bahkan beliau menegaskan, tidak ada pemisahan antara Ulamak dan Profesional, tetapi hanya sekadar perbezaan pendapat.
“kita melihat perbezaan pendapat ini tidak memisahkan antara Ulamak dengan Profesional (dalam PAS)…….sama-sama ada ulamak dalam professional dan professional dalam ulamak,
“kita bergerak diatas asas Islam, dimana asas Islam lah yang dapat menyatukan kita ,”tambah beliau.
Beliau yakin dengan disiplin, akhlak dan adab, serta ‘ruh’ yang ada pada PAS, perhitungan dosa dan pahala, PAS dapat meneruksan perjalanan dengan kedudukannya yang semakin hari semakin teguh.




























