Pejuang Rohingya pada hari Ahad, 10 September mengisytiharkan satu bulan gencatan senjata ‘unilateral’ serta-merta dalam suasana hampir 300,000 minoriti Islam melarikan diri ke Bangladesh.
Pelarian Rohingya berlumur dan letih telah tiba dalam jumlah yang besar di kawasan Cox, Bazar Bangladesh dalam lebih dua minggu ini.
Manakala berpuluh-puluh ribu lagi dipercayai bergerak dalam negeri Rakhine, ramai dalam keadaan terdesak selepas lebih dua minggu tanpa perlindungan, makanan dan air .
Kenyataan itu menambah, ia adalah untuk membolehkan bantuan kemanusiaan untuk sampai ke rantau yang didera tersebut.
Kumpulan itu menggesa agensi dan pertubuhan kemanusiaan untuk meneruskan penghantaran bantuan kepada mangsa krisis, tanpa mengira latar belakang etnik atau agama, dalam tempoh gencatan senjata yang berlangsung sehingga 9 Oktober.
RSA juga menggesa pemerintah Myanmar untuk mengambil tindak balas kemanusiaan yang sama dan menghentikan pertempuran.
Manakala program bantuan antarabangsa dalam wilayah Rakhine adalah sangat terbatas, kerana pertempuran melanda keseluruhan bahagian negeri itu.
Pada hari Sabtu PBB berkata sejumlah 290,000 telah menyeberang ke Bangladesh samada berjalan kaki atau dengan bot dan menyertai kem pelarian di sempada Bangladesh-Myanmar.
Justeru itu, PBB telah merayu sumbangan segera sebanyak AS $ 77 juta untuk meningkatkan kemudahan bagi kemasukan Rohingya yang telah menyebabkan ‘tekanan besar-besaran’ pada kem yang sedia ada.
Sehubugan itu, Malaysia memberi jaminan tidak akan membiarkan Bangladesh menghadapi kemelut pelarian yang datang mencurah-curah, bersendirian.
Dua pesawat penuh dengan biskut, beras dan sabun telah dihantar dan Malaysia akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu, kerana krisis Rohingya disifatkan suatu bencana yang besar
Pasukan peninjau juga dilaporkan akan tiba di Dhaka pada hari Isnin, yang terdiri daripada diplomat dan pegawai tentera untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan oleh Rohingya.