Rombongan Yayasan Amal tiba di Marawi

877

Marawi, MINDANAO – Sembilan orang anggota delegasi Yayasan Amal Terengganu diketuai oleh Dr Suhazeli Abdullah selamat tiba di bandaraya pada jam 4.30 petang waktu tempatan.

Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Ahli Jawtankuasa Badan Perhubungan Terengganu Dr Azman Ibrahim yang bertindak selaku Timbalan Pengarah Misi Kemanusiaan Tahunan ke kawasan bergolak itu.

Mereka telah disambut oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan BangsaMoro (Bangsamoro Development Authority – DBA) Dr Safrullah M. Dipatuan, sebaik tiba di lapangan terbang Cagayan de Oro, kira-kira 178 kilometer di utara Marawi.

Perjalanan dari Cagayan de Oro mengambil masa hampir empat jam mendaki lereng-lereng tanah tinggi kawasan autonomi Mindanao.

Menurut Dr Suhazeli, misi pada kali ini membawa sejumlah 39 ekor lembu hasil penglibatan seramai 273 orang yang menjadi peserta program korban sempena Eidul Adha yang akan disambut pada Ahad, 6  November

“AlhamduliLlah, kita telah diberikan kemudahan oleh Allah SWT, menempuh ujian pertama dan selamat sampai ke Marawi Islamic City,

“InsyaAllah, esok kita akan menziarahi beberapa sekolah agama rakyat di sini bagi menyampaikan sumbangan mushaf al-Quran dan ke pusat pelarian bagi meninjau keadaan saudara-sauadar se-Islam kita,”ujarnya.

Menurutnya, melalui perbincangan dan persetujuan pihak BDA, penyembelihan lebu-lembu kornban tersebut akan ditumpukan kepada tiga kawasan sekitar Marawi yang mempunyai kepadatan penduduk Islam tertinggi di Filipina.

Katanya, program korban pada tahun ini adalah merupakan kali ketiga sejak tahun 2009.

BDA merupakan badan yang ditubuhkan bagi merangka pembangunan ekonomi dan sosial penduduk Islam Mindanao sejak wilayah tersebut diberi autob=nomi oleh pemerintah Filipina.

Lagi gambar perjalanan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal di Buletinonline blog