Menurut catatan laman sosial Exconya, Ustaz Riduan Mohd Nor, kereta pacuan empat roda yang mereka naiki berpusing-pusing dan melanggar pembahagi jalan setelah tanyarnya pecah.
“Berehat di Karak, tunggu orang ambil…..kereta tayar pecah. AlhamduliLlah, tak ada yang cedera, walaupun kereta berpusing beberapa kali dan melanggar pembahagi jalan,”katanya.
Muslim Care sebelumnya, tampil antara NGO pertama menghulurkan sumbangan bagi membina semula bangunan asrama Maahad Darul Quran yang musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi kelmarin.


Turut serta dalam penyerahan itu, exco-exco Muslim Care yang lain termasuk Abdul Halim Ridhuan, Abdul Razak Mohamad, Johari Ismail serta Hishamuddin Karim.
Ustaz Riduan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia berkata, rancangan mengutip dana bagi membina bangunan baru termasuk mempercepatkan pembinaan bangunan sedia ada berikutan asrama berkenaan dilaporkan musnah dalam kebakaran kelmarin.
“Setakat ini, RM30,000 berjaya dikumpulkan dan kami menjangka mampu memperoleh RM100,000 dalam masa beberapa hari lagi bagi membina semula bangunan baru untuk kegunaan pelajar di sini,” katanya




























