RM900, 000 Masih Diperlukan Untuk Siapkan Tujuh PASTI

507

KUALA TERENGGANU – PASTI kawasan Besut masih memerlukan sumbangan dan dana orang ramai sebanyak RM900 ribu bagi menyiapkan tujuh bangunan yang kini dalam proses pembinaan.

Pengarahnya, Cikgu Syamri Razak berkata, premis pra-sekolah yang ada sekarang sudah ‘berusia’ dan perlu diganti baharu.

“Masalah kami dana tidak mencukupi, ada sesetengah PASTI yang dibangunkan memakan masa selama tujuh tahun, masih belum siap lagi.

“Oleh kerana bangunan belum dapat disiapkan ada kelas terpaksa menumpang di bangunan lain dan kelas diadakan di surau berdekatan,” jelasnya ketika dihubungi.

Kata beliau, bangunan baru amat perlu, bagi menyesuaikan dengan permintaan yang semakin meningkat dan agar anak-anak dapat belajar dalam kondisi yang selesa dan kondusif.

“InsyaAllah, setiap bangunan yang sedang dibina ini mampu menampung 30 hingga 120 pelajar,

“pada tahun 2021 seramai 1200 orang jumlah pelajar yang berdaftar dan guru yang mengajar pusat tersebut ialah 114 orang,” tambah beliau.

Menurutnya, Antara pasti yang masih dalam pembinaan ialah Pasti Daru Il Ridzuan Kampong Baharu, Pasti Al Qamar, Simpang Tiga, Pasti Nurul Hidayah, Lubuk Kawah, Pasti Saiyidatina Khadijah, Kampong Amer, Pasti An Nahdoh, Seberang Jerteh dan Pasti Luqmanul Hakim, Denger.

Justeru itu, Syamri mengajak orang ramai untuk sama-sama menyumbang mendir sebagai saham di akhirat kelak.

“Yakinlah, rezeki semakin bertambah dengan bersedekah. Jom kita sama-sama menyumbang untuk saham akhirat kita, Sesiapa yang ingin memumbang boleh menyalurkan melalui akaun PASTI Besut , Maybank, 5630 4632 2058 ataupun Bank islam, 13035010053155” tegasnya.

Sementara itu,salah seorang pelajar yang dikenali sebagai Zati meluahkan harapan kepada gurunya bahawa beliau tidak sabar menunggu bangunan sekolah ini siap.

“Tak sabarnya nak belajar di kelas yang cantik, besar dan selesa. Jadi, tak payah pinjam bangunan orang lain dah kan dan mesti lebih semangat nak belajar kan cikgu,” kata Zati dengan penuh semangat dalam satu video klip.