RM2.5 Juta, 14,509 Penerima Kebajikan Dalam Parlimen Dungun

1065

KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM2.5 juta telah dibelanjakan dalam kawasan parlimen Dungun sepanjang tiga tahun diberi mandat mewakili rakyat di daerah tersebut.

Yang Dipertua PAS kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli berkata, beliau mengucap terima kasih kepada semua penduduk Dungun yang telah mengundi beliau dan bersama-sama meningkatkan kemajuan dan kebajikan kepada rakyat.

”Alhamdulillah, dari tahun 2020 sehingga 2022, saya telah berjaya melaksanakan sebanyak 14,509 memberikan kebajikan kepada penerima dan pihak yang berhak yang mana jumlah keseluruhan adalah RM2.5 juta kita telah berikan.

“Antara yang kita beri itu adalah kita memberi sumbangan van jenazah dan van penumpang kepada sekolah , menaik taraf dan membaik pulih sekolah dan rumah, baik pulih surau dan masjid,” jelasnya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, pada tahun 2020, sebanyak RM786,651.00 dibelanjakan kepada 6508 orang penerima.

“Pada tahun 2021 pula sebanyak RM1,122,488.00 diberikan 6156 penerima dan pada tahun 2022 sebanyak RM618,503.00 diberikan kepada 1845 orang di kawasan Dungun,” ujar Wan Hassan.

Selain itu, beliau turut membaiki longkang, menurap dan membaik pulih jalan, membina baru dan membaik pulih tandas serta baiki pagar dan kawasan kubur.