Oleh : Aziz Jusoh
DUNGUN – Sebanyak RM150,000.00 dibelanjakan oleh Pusat Khidmat PAS DUN Paka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Darul Aitam untuk membantu golongan kurang bernasib baik sempena sambutan Aidilfitri kali ini.


Menurutnya, dana yang dikumpul adalah hasil sumbangan orang ramai dan diserahkan semula kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
“Sumbangan ini sudah masuk kali ketiga dengan harapan dapat membantu mengurangkan beban golongan susah, miskin atau anak yatim dan memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama meraikan lebaran dengan kesyukuran.


“Seramai 588 adalah fakir miskin dan OKU di Dun Paka, manakala anak-anak yatim seramai 290 orang.
“Penyampaian bantuan adalah hasil kempen sumbangan amal RM 100 dan sekampit beras yang dilancarkan serta diagihkan semula untuk mereka yang terpilih.
“Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan dapat memeriahkan sambutan Syawal mereka dan pada masa sama kita berkongsi rezeki serta ucapan terima kasih kepada penyumbang,”katanya ditemui pada majlis penyampaian sumbangan raya di Tapak PGU, di sini, baru-baru ini.





























