RM14k Dari DUP Kelantan Dan PAS Terengganu

1052

KEMAMAN – Pelbagai pihak mengiktiraf usaha gigih Jawatankuasa Banjir PAS Kemaman membantu warga kawasan tesebut yang dilanda banjir sejak 3 Disember lalu.

Antara pihak yang memberi sokongan kepada usaha mencari dan menyelamat serta menyalurkan bantuan keperluan dan tenaga petugas membersih rumah magsa banjir, adalah Dewan Ulamak PAS Kelantan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mewakili Dewan tersebut telah menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM4,000.

tmp_IMG_20131211_024158-651163282Selain itu PAS negeri Terengganu telah mennyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 yang diserahkan kepada Yang Diperrua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid oleh Bendahari PAS Terengganu Cikgu Shukrimun Shamsuddin.

Nik Abduh yang juga Ali Parlimen Pasir Mas berkata semangat gotong-royong, bantu-membantu dan saling tolong menolong merupakan ajaran Islam adalah amalan dalam PAS.

Beliau yakin PAS akan menjadi pilihan rakyat kerana usaha murni PAS dapat dilihat oleh masyarakat.

“Saya rasa syukur dan bangga dengan segala usaha yang PAS Kemaman buat dengan bantuan Jabatan Amal. Semangat inilah yang telah lama kita tanam dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Kita (PAS) yakin dengan segala usaha kerana Allah ini akan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak ada penyelesaian yang lebih baik daripada kita mengambil jalan Islam sebagai cara hidup kita, yang sentiasa menyeru rakyat berlumba dan berebut untuk ke arah kebajikan,” ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut pada Selasa 10 Disember.