KUALA TERENGGANU – Bendahari Yayasan Amal Malaysia Haji Zaman Abdullah menyifatkan usaha membantu mangsa gempa bumi Nepal yang diadakan pada 14hb hingga 18 hb Mei lalu sebagai satu misi yang berjaya.
Beliau yang mengetuai kumpulan kedua Yayasan Amal itu berkata, sebanyak RM21, 000 telah diserahkan kepada pihak Islami Sangh Nepal (ISN) bagi membeli khemah serta selimut untuk mangsa terbabit.


“bersama kita dua orang doktor perubatan dan seorang doktor homeopati telah menjalankan tugas dengan dibantu oleh 15 sukarelawan termasuk sukarelawan media KAMI,
“kita juga telah menyerahkan sebanyak RM21,000 kepada Presiden ISN Dr Mohd Moazzam Ansari bagi membeli khemah dan selimut untuk mangsa gempa bumi,”ujarnya.
Sehubungan itu, kumpulan ketiga Bantuan Kemanusiaan dan Khidmat Komuniti Yayasan Amal akan ke Kathmandu pada malam ini bagi meneruskan khidmat membantu mangsa gempa bumi, dijangka akan berada selama 5 hari dibumi Nepal.
Pagi ini, kumpulan tersebut yang terdiri daripada tiga orang Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT) telah berlepas dari Kuala Terengganu.
Mereka di ketuai oleh Timbalan Pengerusi YAMCT Mohd Fauzi Abu Samah, tiga orang pegawai perubatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan dua orang sukarelawan.


“selain itu, (kami akan) menyediakan khemah-khemah kepada mangsa gempa hasil derma seluruh rakyat Malaysia,
“Membekal bekalan makanan kepada mangsa dhaif (dan) memberi sokongan psikologi kepada mangsa serta mengurangkan trauma kepada mangsa-mangsa gempa khususnya anak-anak kecil,”ujar Fauzi.
Beliau berkata, kumpulan ketiga itu akan terus menuju ke kawasan pedalaman di daerah Gorkha, Nepal.
“Kami dijangka akan bermalam di Gorkha selama dua malam Yang mana dimaklumkan kawasan ini terdiri dari saudara-saudara muslim Nepal…….(sebaik) setibanya di sana kami akan di sambut oleh wakil Islami Sangh Nepal (ISN),”kata beliau.
Katanya, misi kali ini turut membawa 150 naskah al-Quran wakaf dari orang ramai, bekalan makanan seperti biskut, kurma serta pakaian, serta akan menyantuni anak-anak mangsa Nepal dengan membawa gula-gula dan belon.
“Harapan kami, semoga misi ini berjaya menyantuni mangsa-mangsa gempa bumi disana…….. Doakan Semoga perjalanan kami selamat pergi dan kembali dengan Izin Allah. Aminn.”tambah beliau




























