Ribuan warga Gaza protes rundingan damai dengan Israel

1282

Ribuan warga Palestin menyertai perarakan membantah terhadap rundingan damai Israel-Palestin yang dianjurkan oleh Hamas dan Jihad Islam pada hari Jumaat 23 Ogos, di Semenanjung Gaza

Perarakan bermula dari masjid-masjid di seluruh jalur pantai Gaza sebelum bertumpu di dataran di tengah-tengah Bandaraya Gaza, dengan penunjuk perasaan mengangkat kain rentang dan slogan yang mengatakan ‘Tidak untuk rundingan’ dan mengutuk ‘kegagalan politik’ Presiden Palestin Mahmud Abbas yang berpangkalan di Tebing Barat.

radwanzMenteri Hal Ehwal Agama Hamas Ismail Ridwan [gambar] berucap dihadapan perhimpunan kumpulan penentang Mahmud Abbas itu semasa protes tersebut.

“Semua pihak dari kumpulan-kumpulan Palestin mengatakan anda (Mahmud Abbas) tidak mempunyai hak untuk menyerahkan mana-mana bahagian tanah kami (Palestin), atau untuk melepaskan hak-hak rakyat Palestin,” tegasnya.

Hamas berkata keputusan Abbas untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel tidak mewakili kehendak rakyat Palestin.

Perunding Israel dan Palestin telah mengadakan satu lagi pusingan perundigan yang ditaja oleh Amerika Syarikat pada Selasa lalu di Jerusalem.

“kembali kepada perbincangan (dengan israel) adalah satu tamparan (penghinaan) kepada perjuangan jihad dan pengorbanan orang-orang kita, darah syahid kami dan (saudara-saudara kami yang menjadi) banduan di penjara di Israel,” kata Ridwan.

Rancangan Israel untuk membina satu lagi penempatan sebanyak 2,129 unit di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat, yang diumumkan sehari sebelum rundingan terbaru bermula, menimbulkan kemarahan pegawai-pegawai Palestin, yang telah berkata pelan mengancam untuk membawa pra-matang dan akhiran yang “buruk” untuk rundingan.