Ribuan Sambut Kepulangan Presiden PAS

6480

KUALA NERUS – Ribuan ahli dan penyokong PAS menyambut kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Had Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebentar tadi.

Ahli Parlimen Marang itu disambut sebagi wira setelah berjaya membentang usul Rang Undang-undang Akta 355 di parlimen pada hari Khamis lalu.

Beliau yang ditemui pihak media sejurus keluar pintu ketibaan berharap akan mendapat sokongan dari semua ahli parlimen apabila usul itu dibahas dan diundi pada sidang akan datang.

Katanya, beliau mengharapkan orang bukan Islam tidak mengganggu, sebaliknya memberi kerjasama mengenai isu RUU 355, demi perpaduan masyarakat majmuk negara ini.

“Usul ini mendapat sokongan seluruh umat Islam tanpa mengira parti dan fahaman politik. Kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada semua pemimpin bukan Islam mengenai RUU 355,” katanya.

Ditanya tentang tuduhan Ahli Parlimen Pandan terhadap beliau dan PAS, Ustaz Hadi berkata sedia memaafkannya.

“Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Kita anggap beliau jahil dan tidak tahu dosa pahala.

“Kepada saya, kesalahan beliau dengan saya (berhubung tuduhan itu) sudah dimaafkan kerana beliau tidak tahu.

“Adapun beliau dengan tuhan, beliau mesti bertaubat dengan tuhan,” ujarnya.

Acara sambutan tersebut disiarkan secara langsung oleh HARAP TV, sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang menuju ke masjid Rusila, di mana akan diadakan program khas penerangan sempena kepulangan Tok Guru.

Siaran langsung seterusnya disambung oleh Terengganukini

>>> Berita lanjut menyusul…..