Ribuan Rakyat Sepanyol Tuntut Sistem ‘Monarki’ DiTamatkan

892
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/spain%20protest.jpg

Tunjuk perasaan pada hari Ahad 14 April itu adalah sempena ulang tahun ke-82 penubuhan negara Republik yang memberi ‘tamparan’ kepada Raja Sepannyol,  Juan Carlos.

Republik Sepanyol telah digulingkan oleh pemberontakan tentera yang membawa kepada perang saudara dan pemerintahan diktator tentera selama 36 tahun oleh Jeneral Francisco Franco.

Diktator Franco kemudian telah melantik Putera Juan Carlos sebagai penggantinya, mengembalikan pemerintahan monarki kepada Sepanyol selepas kematiannya pada tahun 1975.

Populariti monarki telah merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan raja berusia 75 tahun dikritik kerana melancong safari secara mewah menggunakan wang negara sedangkan Sepanyol mengalami krisis ekonomi dan kewangan.

Keluarga DiRaja Juan Carlos juga telah dikaitkan dengan beberapa penyelewengan dan skandal rasuah.

“(Pemerintahan) Monarki ini telah dikuatkuasakan ke atas kami oleh (seorang) diktator, oleh itu kita menganggap ia menyalahi undang-undang,” kata seorang Mario Ayuso, 45 tahun.

Kritikan keatas raja, yang menyelia peralihan Sepanyol daripada pemerintahan diktator menjadi demokrasi moden, telah meningkat pada tahun lepas selepas dia ‘patah pinggul’ dalam perjalanan memburu-gajah di Botswana, sedangkan beliau adalah presiden Tabung Hidupan Liar Sedunia cawangan Sepanyol.

Raja terpaksa diterbangkan pulang ke Sepanyol dengan jet peribadi untuk rawatan di hospital.

Ekoran peristiwa tersebut, Juan Carlo dalam titah penyesalan diraja, telah memohon maaf dan berkata ketika dia meninggalkan hospital: “Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya telah membuat kesilapan dan Ia tidak akan berlaku lagi.”..

Kehilangan sokongan lebih banyak kepada Raja apabila anak perempuannya, Puteri Cristina, telah dinamakan sebagai suspek rasmi dalam plot yang dikatakan bertujuan untuk mencuri dana awam.

Penyiasatan dilakukan menumpukan soal mengenai sama ada suami Cristina 47 tahum, Iñaki Urdangarin dan bekas rakan kongsi perniagaan telah mengambil kesempatan dalam pengetahuannya dengan hubungan diraja mereka untuk menyelewengkan kira-kira 5 juta euro dana negara, dengan menggunakan syarikat-syarikat dan institusi bukan keuntungan yang mereka uruskan.

Namun sehingga kini, samada Cristina atau Urdangarin tidak dihadapkan ke mahkamah, tetapi kedua-duanya telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan seorang majistret penyiasat – sumbeer AJE