Ribuan raikan ulangtahun kebangkitan di dataran Tahrir

728

Mereka turut meraikan kejayaan parti-parti Islam terutamanya Parti Keadilan dan Pembebasan, sayap politik Ikwan al-Musliminj, yang memenangi dua pertiga dari pilihanraya parlimen Mesir yang bebas pasca Mubarak

Tidak ketinggalan juga, warga Mesir yang belum bebas sepenuhnya menyeru kepada reformasi politik, mendesak pemansuhan undang-undang darurat dan penamatan pemerintahan tentera.

Sementara itu, bekas diktator Hosni Mubarak ketika rakyat menyambut ulangtahun pertama kebangkitan didataran Tahrir, sedang menghadapi dakwaan di mahkamah kerana memerintahkan pembunuhan para demonstran, juga di dataran Tahrir yang sama.

Mereka yang turun ke dataran Tahrir sejak malam 24 Januari, berkhemah dan terus melaungkan slogan.

Ramai yang menyerukan agar Dewan Agung Tentera segera turun.

“Kami di sini bukan untuk merayakan, kami berada di sini untuk menurunkan kekuasaan tentera,” kata Imam Fahmy kepada agensi berita Associated Press.

“Mereka gagal dalam revolusi dan tidak memenuhi satu pun sasaran.”

Demonstran lain Khaled Abdallah mengatakan kepada agensi berita Reuters, “Tentera dan polis membunuh kami dan membungkam suara revolusi. Suara revolusi tidak akan bisa dibungkam.”

Sejumlah demonstran lain meneriakkan, “Turun militer” dan “Revolusi sampai menang, revolusi di semua jalan-jalan Mesir.”

Namun sebahagian lain di Dataran Tahrir mengatakan protes harus diakhiri dan para pemimpin baru harus diberi waktu untuk memajukan Mesir.

“Dewan tentera akan mundur, dan tentu saja revolusi belum selesai. Namun bukan bererti revolusi harus mengganggu kehidupan,” kata seorang akauntan Mohamed Othman kepada agensi berita Reuters.