Ribuan Masih Bertali Arus Menziarahi ‘Tok Guru’

1225

KOTA BHARU – Ribuan rakyat masih bertali arus, tidak putus-putus menziarahi pusara alMarhum Tok Guru Nik Aziz walaupun sudah seminggu pemergiannya.

20150219_110624Pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari jauh dah dekat terus memberi penghormatan kepada mantan Menteri Nesar itu yang telah meninggal pada Kamis malam Jumaat 12 Februari.

“setiap hari sejak minggu lepas, dok putus orang mari…….biasanya waktu pagi yang ramai sampai tengahari…..petang kurang sikit tapi malam ada juga,”ujar seorang petugas Unit Amal yang mahu dikenali sebagai ‘Abang Aziz’.

20150219_112506Menurutnya, tidak kurang lima orang petugas Aymal dari Kawasan Pengkalan Chepa bertuga setiap hari menjaga parkir dan lalu lintas, jalan menuju ke pusara.

“tak kurang 400 hingga 500 kenderaan sehari…….kita kena jaga……kalau tak jalan ni ‘jam’ ……yang datang dengan bas pun ada,”tambah Aziz.