Riadah Satukan Anak Muda

1092

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT – Ativiti berbentuk riadah seperti sukan bola sepak perlu dipertingkat bagi menyatukan anak muda.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Mohd Hakim Zulfikri berkata kegiatan fizikal itu merupakan salah satu kaedah bagi menarik golongan terbabit

“Riadah mampu untuk menjalin hubungan silaturahim serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

“Semangat kesukanan yang tinggi mampu untuk mendisiplinkan anak muda daripada melakukan perkara yang kurang sihat.

“Kesepakatan dalam sesebuah pasukan merupakan kunci utama bagi menggapai sesuatu kejayaan.” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan diantara Pasukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut dengan Jabatan Amal Malaysia Besut yang berlangsung di Padang Astaka Gong Kemuntong, Jerteh.

Perlawanan persahabatan pada 25 Februari i tu berakhir dengan Pasukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut menang tiga jaringan tanpa berbalas.