Riadah Kenyir Mantapkan Organisasi ARC Besut

1126

Oleh: Muhd Afiq Zohir

HULU TERENGGANU – Kelab Motorsikal Alternative Riding Club (ARC) Besut mengadakan Program Riadah Kenyir bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi organisasi kelab tersebut.

Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata, riadah sebegini juga dapat mendidik para peserta untuk mendisiplinkan diri sendiri.

“Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli ARC dan mewujudkan semangat berpasukan yang baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut yang diadakan di Tasik Kenyir, pada hari ini.

Menurutnya, seramai 14 orang peserta terlibat dalam program kali ini yang melibatkan Ahli Jawatankuasa ARC Besut.

“Semangat setia dan taat kepada pucuk pimpinan juga dapat diterapkan sepanjang aktiviti ini berlangsung,” ujar Jali.

Justeru itu, beliau berharap agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi bagi menarik minat anak muda daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.