Review the Agreement of TPP and Defend the Rights of Citizens

1335

By : Jofri Jaraiee

Recently Sarawak government expressed support for the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). TPPA is a free trade agreement between the 12 member states that are more comprehensive compared to the Free Trade Agreement (FTA). This agreement is not just a free market access, but its proven commitment to promote greater transparency in relation to laws, regulations, procedures and conditions or practices relating to trade.

The question now many still do not understand or know what exactly is the TPPA. Does the explanation is pretty fast and brief from related Ministries the TPPA unanimously acceptable? Why no further explanation from the government to the people before any final decision is made because it would involve a fate of the people in this country. There may be advantages and disadvantages in this TPPA but if it is more harm than good, so better leave it out this TPP agreement for the sake of the future of the country and the people.

PAS firmly reject the TPP agreement because it’s a lot of adverse effects from the benefit to the people. The government must explain the side effects of this agreement because the people do not want to accept a fate even worse than countries that have experienced problems due to default or violation of the TPP agreement later where the investor can sue the government for millions of dollars even reach the billions of ringgit. The lopsided agreement the government should be careful not too enthusiastic to sign this agreement without thinking about the future of the people.

Agreements full of secrets for more than 800 pages framed by multinationals from the super power of US imperialism is known quite cunning in international relations and should also note TPPA tribunal consists of law firms which has nothing to do with any government. Thus, they are able to suppress any government if the law and the right of a country considered a burden on business results of the company. In short, the countries that signed the TPP agreement could be sued if it violates the terms of the agreement.

For example, DO YOU KNOW, if bauxite in Kuantan are operated by companies from countries that have signed TPPA, the government will not dare to suspend mining operations due to pollution, much less want to suspend the license, since the risk of being sued by Investor – State Dispute Settlement, or ISDS billions of dollars like that ever happened to the country who signed TPPA.
review TPPA
Canada

The Canadian government banned the gasoline additive of MMT as it can cause water pollution and global warming. Ethyl as investors who create of MMT summons the Canadian government, based on the NAFTA; the agreement is considered a smaller impact than the TPPA. The Canadian government withdrew the ban because it cannot expect to win or not being able to defend the case had to pay USD13 million for legal fees and damages to Ethyl Corporation and was forced to issue a statement it was not poisoned.

The suit filed by the tobacco company Phillip Morris on Uruguay

On 19 February 2010, the company selling these cigarettes filed a damages suit because Uruguay government ordered the company to put a health warning labels on cigarette boxes. Phillip Morris is a multinational company and a producer of many famous brands such as Marlboro, L & M, Benson & Hedges and Peter Stuyvesant. To enable the company filed a lawsuit against Uruguay, Phillip Morris lawyer use international trade agreements between Uruguay and Switzerland. Uruguay eventually sued hundreds of millions of dollars by the company. In addition to Uruguay, Phillip Morris also filed suit against Australia and New Zealand for health warning labels gazetted by the government.

Sarawak is known for the autonomy of 18 items. What assurance can be given by the BN government for the rights of the people of Sarawak would be guaranteed by the TPP agreement? Two things are for example.

Article 11: Tariffs and Finance

Sarawak should retain control of its finances, and its own definition of development and the right to determine taxation and loans. These rights could be undermined if the government agrees with the TPPA.

Article 12: Special position of indigenous

In principle, the indigenous people of Sarawak should enjoy special rights in accordance with the rights enjoyed by Malays in Malaya, but this is often ignored by the government. In the present situation also Sarawak constantly bullied by BN central government, about the appropriate to the state, not with the entry of TPPA later, worse effects will be experienced by the people of Sarawak. Are we willing to look at Sarawak indigenous rights usurped by multinationals of superpower? Clearly, TPPA is a nightmare for the people of Sarawak.

Is the TPP agreement is good for the people of Sarawak? Under the TPP agreement, the government representing the people will be defeated and lost everything from all angles if the investors to sue the government. NGO pro-humanity will also lose, activist of the United Nations will also be lost. The agreement is likely to overcome a country’s constitution. Through this agreement, only multinationals are given the privilege to oppose the government in court, where local companies do not have the space to defend their rights. Giant corporations will dominate the smaller companies and most likely many small companies will go out of business.

PAS urged Sarawak government to review the impact and rethink their support for the TPPA. Come to defend the rights of the people of Sarawak, NO to TPPA. It’s better to look ahead and prepare, than to look back and regret.

***Jofri Jaraiee is Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

IMG-20150731-WA0008VERSI BM

Kaji Semula Penjanjian TPP dan Pertahankan Hak Rakyat

Baru-baru ini kerajaan Sarawak menyatakan sokongan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA). TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas di antara 12 negara anggota yang lebih menyeluruh berbanding dengan Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA). Perjanjian ini bukan sekadar akses pasaran bebas, bahkan ianya membuktikan komitmen untuk menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi berhubung dengan undang-undang, peraturan, prosedur dan syarat-syarat atau amalan berkaitan dengan perdagangan.

Persoalannya sekarang masih ramai yang belum faham atau tahu apa sebenarnya TPPA. Adakah dengan penjelasan yang cukup pantas dan ringkas dari pihak Kementerian yang berkaitan TPPA boleh diterima sebulat suara? Mengapa tiada penjelasan lanjut dari pihak kerajaan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat kerana ianya akan melibatkan nasib rakyat di negara ini. Mungkin ada kebaikan dan keburukan dalam TPPA ini tetapi sekiranya ianya banyak keburukan dari kebaikan maka lebih baik tinggalkan saja perjanjian TPP ini demi masa depan negara dan rakyat.

PAS dengan tegas menolak perjanjian TPP disebabkan ianya banyak memberi kesan yang buruk dari kebaikan kepada rakyat. Pihak kerajaan perlu memberi penjelasan akan kesan sampingan dari perjanjian ini nanti kerana rakyat tidak mahu menerima nasib yang lebih malang dari negara yang pernah mengalami masalah akibat ingkar atau melanggar perjanjian TPP ini nanti dimana pihak pelabur boleh menyaman kerajaan dengan jutaan dolar bahkan boleh sampai billion ringgit. Perjanjian yang berat sebelah ini sepatutnya pihak kerajaan berhati-hati jangan terlalu ghairah untuk menandatangani perjanjian ini tanpa memikir masa depan rakyat.

Perjanjian penuh rahsia lebih daripada 800 muka surat dirangka oleh syarikat multinasional dari kuasa imperialisme Amerika Syarikat diketahui agak licik dalam hubungan antarabangsa dan juga perlu ambil perhatian tribunal TPPA terdiri daripada firma undang-undang yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kerajaan. Jadi, mereka mampu menekan mana-mana kerajaan sekiranya undang undang dan hak sesebuah negara dianggap membebankan hasil perniagaan syarikat tersebut. Secara ringkas, negara yang menandatangani perjanjian TPP boleh disaman sekiranya melanggar syarat perjanjian.

Sebagai contoh, TAHUKAH ANDA, jika bauksit di Kuantan itu diusahakan oleh syarikat daripada negara yang menandatangani TPPA, kerajaan tidak akan berani menggantung operasi perlombongan disebabkan pencemaran, jauh sekali nak menggantung lesen, kerana risiko disaman oleh Pelabur – Penyelesaian Pertikaian Negeri, atau ISDS berbillion dollar, seperti yang pernah berlaku kepada negara yang menandatangani TPPA.

Kanada

Kerajaan Kanada mengharamkan bahan aditif gasolin MMT kerana boleh menyebabkan pencemaran air dan pemanasan global. Ethyl sebagai pelabur yang mencipta MMT saman kerajaan Kanada, berdasarkan NAFTA,perjanjian yang dianggap lebih kecil impaknya berbanding TPPA. Kerajaan Kanada menarik balik pengharaman tersebut kerana menjangka ianya tidak boleh menang atau tidak mampu untuk mempertahankan kes, terpaksa membayar USD13 juta untuk yuran guaman dan ganti rugi kepada Ethyl Corporation dan terpaksa mengeluarkan kenyataan ia tidak beracun.

Kes saman syarikat tembakau Phillip Morris ke atas Uruguay

Pada 19 Februari 2010, syarikat penjual rokok ini menfailkan saman kerugian kerana kerajaan Uruguay mengarahkan syarikatnya meletakkan label amaran kesihatan pada kotak rokok keluarannya. Phillip Morris adalah syarikat multinasional dan merupakan pengeluar pelbagai jenama terkenal seperti Malboro, L & M, Benson & Hedges dan Peter Stuyvesant. Bagi membolehkan syarikatnya menfailkan saman kepada Uruguay, peguam Phillip Morris menggunakan perjanjian dagangan antarabangsa antara Uruguay dan Switzerland. Akhirnya Uruguay disaman ratusan juta dollar oleh syarikat berkenaan. Selain Uruguay, Phillip Morris juga memfailkan saman ke atas Australia dan New Zealand kerana label amaran kesihatan yang diwartakan oleh kerajaan.

Sarawak dikenali dengan autonomi 18 perkara. Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan BN terhadap hak rakyat Sarawak akan terjamin dengan perjanjian TPP ini? Dua perkara tersebut sebagai contoh.

Perkara 11: Takrif dan Kewangan

Sarawak harus mengawal pentadbiran kewangan, pembangunan dan takrifnya sendiri serta hak dalam menentukan cukai dan pinjaman. Hak ini akan tergugat sekiranya kerajaan bersetuju dengan TPPA.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli

Pada prinsipnya, penduduk asli Sarawak harus menikmati hak istimewa sejajar dengan hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Malaya, tetapi perkara ini sering dilupakan oleh pihak pemerintah. Dalam keadaan kini pun Sarawak sentiasa dibuli oleh kerajaan BN pusat, tentang perkara yang sewajar menjadi hak Sarawak, bukankah dengan kemasukan TPPA nanti, kesan lebih buruk akan dialami oleh rakyat Sarawak. Sanggupkan kita melihat hak peribumi Sarawak dirampas oleh syarikat multinasional dari negara kuasa besar? Jelaslah TPPA merupakan mimpi buruk untuk rakyat Sarawak.

Adakah perjanjian TPP baik untuk rakyat Sarawak? Di bawah perjanjian TPP, kerajaan yang mewakili rakyat akan kalah dan hilang segala-galanya dari segala sudut sekiranya pihak pelabur menyaman kerajaan. NGO pro-kemanusian juga akan kalah, aktivis PBB juga akan kalah. Perjanjian ini berkemungkinan mengatasi Perlembagaan sesebuah negara. Melalui perjanjian ini, hanya syarikat multinasional sahaja yang diberi hak keistimewaan untuk menentang kerajaan di mahkamah dimana syarikat-syarikat tempatan tiada ruang untuk mempertahankan hak mereka. Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai syarikat-syarikat kecil dan kemungkinan besar banyak syarikat-syarikat kecil akan gulung tikar.

PAS mengesa kerajaan Sarawak mengkaji semula kesan serta memikirkan semula sokongan mereka terhadap TPPA. Ayuh pertahankan hak rakyat Sarawak, TIDAK untuk TPPA. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.