MELAKA – Restu dan sokongan keluarga menjadi antara pertimbangan utama calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, sebelum menerima amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, keputusan pencalonan itu pada awalnya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana tiada perbincangan khusus mengenainya sebelum ini.
“Keluarga pun sama terkejut pada mulanya kerana sebelum ini tiada perbincangan ke arah itu.
“Alhamdulillah, isteri saya yang sudah lama terlibat dalam jemaah memahami tanggungjawab ini, reda dan bersedia untuk sama-sama kita hadapi,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Tambahnya, beliau turut menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan tersebut.
“selain itu, solat istikharah mint petunjuk dan fikir baik-baik,” ujarnya.
Tambah beliau, walaupun pencalonan itu di luar jangkaan, keputusan yang dibuat melalui musyawarah jemaah diterima dengan keyakinan bahawa setiap keputusan mempunyai hikmah tersendiri.
“Kalau orang lain hubungi saya masa itu, mungkin saya menolak tetapi yang hubungi saya Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Insya Allah ada kebaikan dan kita akan cuba melaksanakan amanah ini dengan sehabis baik,” tambah beliau.









