Rejim Israel Tahan Mufti Besar Baitul Maqdis

906
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mufti%20besar%20baitul%20maqdis.jpg

Mufti Besar Baitul Maqdis Mohammed Hussein Ahmad, telah diambil dari rumahnya oleh polis penyiasat dan telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat kerana disyaki terlibat dalam kekacauan kononnya, kerusi dilemparkan kepada pelawat Yahudi ke ‘Haram al-Sharif’ itu.

“Ada kerusi telah dilemparkan kepada sekumpulan orang-orang Yahudi di Temple Mount,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld

Rosenfield berkata pada hari Selasa, kira-kira 40 penduduk Israel memasuki kawasan Masjid al-Aqsa dengan diiringi polis Israel, menurut laporan media tempatan.

Sedagkan sebaliknya, polis Israel telah menubuhkan pusat pemeriksaan dan menghalang rakyat Palestin daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa untuk beribadat.

Sehubungan itu Parlimen Jordan telah mengundi sebulat suara dalam satu memorandum yang mencadangkan supaya negara itu mengusir duta Israel dari Amman, dan memanggil pulang duta Jordan di Tel Aviv dipanggil semula, sebagai tindak balas keatas penahanan mufti besar itu.

Sementara itu, Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas telah mengutuk penahanan Mufti tersebut dan menuntut pembebasan serta-merta serta  berkata penangkapan itu merupakan satu cabaran yang berani untuk menghalang kebebasan beragama.