Rejab Bulan Latihan

143

Oleh : Abas Danny

KUALA TERENGGANU – Antara bulan-bulan haram dalam Islam ialah bulan Rejab, merupakan tempoh latihan individu dengan pelbagai amalan sebelum menghadapi bulan ibadah, iaitu Ramadan.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ia sangat sesuai untuk meningkatkan kepatuhan kepada Allah.

Menurutnya, antara yang di sarankan ialah membaca al-Quran, berpuasa dan solat sunat serta bersedekah.

“ Perbanyakkan amalan di bulan Rejab. Biasakan diri kita dengan membaca al-Quran, berpuasa dan sembahyang sunat serta perbanyakkan sedekah.

“Selain ianya mendapat pahala di sisi Allah SWT, kita juga membuat persiapan diri sebelum bertemu bulan Ramadan yang dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai ganjaran,” jelasnya semalam.

ADUN Bandar itu berkata demikian ketika ditemui di kelas pengajian Al-quran Kampung Tok Ku.

Tambah beliau, umat Islam mengamalkan doa yang diajar oleh para ulama untuk dipertemukan dengan bulan Ramadan.

“Selalulah berdoa dengan menyebut ‘ Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan ’.

“Walaupun ianya bukanlah doa yang dilafazkan oleh Nabi SAW, namun ianya sangat baik untuk diamalkan,” katanya.