Referendum Dua Bukit – Rakyat desak bubarkan DUN Perak, tolak Perdana Menteri.

866

Calon-calon PAS dan PKR yang mewakili PR di kedua-dua pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menewaskan calon UMNO/BN dengan majoriti yang lebih besar.

Isu ‘Coup-de Etat’ atau kudeta (rampasan kuasa) keatas kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkumandang di Bukit Selambau, walaupun ia bukan terletak dalam negeri Perak.

Sejak awal-awal lagi, sejurus selepas penamaan calon, pemimpin PR bersepakat meletakkan kedua-dua pilihanraya tersebut merupakan referendum rakyat terhadap tindakan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO.

Kini, DUN Perak mesti dibubarkan, kerana rakyat telah membuat keputusan menolak tindakan rampasan kuasa UMNO dan BN.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/DUABCedarrislah.jpgTimbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, DUN Perak mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini oleh rakyat melalui pilihan raya.

Beliau berkata rakyat Perak telah membantah kerajaan negeri Perak (BN) dan ia dibuktikan dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang

“Keputusan yang ada ini (PRK Bukit Gantang) menuntut supaya DUN Perak itu dibubarkan,
tidak dapat tidak, mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat,”katanya.

Menurutnya harapan rakyat sekarang adalah kepada Tuanku Sultan Perak agar memperkenankan pembubaran Dun Perak dengan kadar yang segera bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis Perlembagaan di negeri tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan Perdana Menteri baru Dato’ Seri Najib Razak yang ‘diam’ seribu bahasa mengenai tuduhan penglibatan beliau dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya, sangat memalukan negara.

“Ini sangat memalukan negara dan orang ramai akan terus mempersoalkan sebab perkara itu tidak ada jawapan.

“Saya menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan Najib ‘membersihkan’ dirinya terlebih dahulu,”ujarnya

Katanya sebanyak 17 buah akhbar luar negara di seluruh dunia mempersoalkan kredibeliti serta menyiarkan berita kes pembunuhan itu yang mengaitkannya dengan Najib.

Beliau berkata masalah Altantuya adalah antara faktor rakyat menolak BN dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Katanya, walaupun kini Najib telah menjadi Perdana Menteri, namun rakyat akan terus mempersoalkan perkara tersebut dan keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah mesej rakyat menolak BN dan Perdana Mennteri yang baru.