Rebut Peluang Berjihad

179

KUALA TERENGGANU – Guru PASTI diseru agar mengambil peluang merebut peluang yang begitu banyak terbentang, untuk untuk berjihad di atas jalan Allah.

Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, tugas itu bukan hanya dilaksanakan berseorangan tetapi boleh dilakukan bersama-sama membantu menegakkan agama.

“Berlumba-lumba mencari kebaikan. Mari kita menjadi salah seorang yang sentiasa merebut untuk melaksanakan perkara kebaikan.

“Semoga diberi ganjaran yang sangat besar disisi Allah SWT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Guru-Guru Pasti Peringkat Kawasan Kuala Nerus di Kompleks At-Taqwa, Batu Enam (KOMTAQ), pada semalam.

Katanya, tujuh perkara yang perlu dihayati iaitu iman, ikhlas, ilmu, ibadah, infiru, istiqamah dan infaq.

“Sentiasa perbetulkan dan perbaharui niat bahawa kitamengambil tanggungjawab ini kerana Allah SWT,” ujarnya.