DUNGUN – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang menawarkan tanah tempat tinggal kepada rakyat mungkin terlupa, Barisan Nasional (BN) telah berjanji dalam manifesto tambahan, sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
Namun sehingga kini, teman sekampung beliau berkata, Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir tidak menunaikan janjinya itu.
Koperal (B) Kor Amor Diraja Muhammad Ismail, 61, kesal kerana beberapa kali beliau membuat permohonan beliau untuk memiliki tanah, telah ditolak oleh kerajaan.


“pekeliling tentera telah kata, bekas-bekas perajurit layak dapat tanah dan kebun, tapi hanya janji manis sahaja,” ujar beliau.
Menurutnya, beliau pernah mengadu kepada mantan ADUN Langkap dan Exco kerajaan Negeri Datuk Mohamad Ghazali dan juga bekas ADUN Seberang Takir dan Exco kerajaan Dato’ Rashid Ngah, namun semuanya sia-sia belaka.


“orang lain semunya dapat, tapi saya yang disokong oleh pemimpin Umno tak dapat, dengar-dengar orang lain dapat,” katanya.
Muhammad yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri ADUN Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun di Batu Tiong hari ini berkata, beliau terpaksa membawa diri dan menetap di Kampung Paya (Gambar bawah) , dekat sini.
“itu pun tanah masih belum dapat……..tapi saya beli atas rentahan orang……saya bayar duit, dan sudah buat permohonan……sudah lapan tahun,
“saya terpaksa cari tapak rumah untuk ikhtiar hidup, sebagaimana saya diajat dalam angkatan tentera,” tambah beliau.
Menyentuh tentang pengalaman sebagai anggota keselamatan, beliau pernanh memangku jawatan Sarjan dan memimpin unit Amor yang bepangkalan di Kuantan.
Menurutnya, beliau pernah dipindahkan termasuk ke negeri Sarawak demi tugas untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
“saya pernah melakukakn kerja-kerja sosial berkhidmat dengan dedikasi…….saya pernah membina rumah panjang untuk penempatan awam,


Muhammad menyifatkan tawaran yang dibuat oleh Razif pada 3 Julai lalu, adalah ‘janji-janji manis’ apabila hampir saat pilihan raya.
“uhhhhh…….berapa kali pilihan raya dah janji nak beri tanah, puluhan tahun dah……bukan baru Umno dan BN berjanji,
“bila dekat pilihan raya, timbullah janji baharu,” kata beliau.




























