Raya Suasana Pandemik, Jauh Dari Yang Disayangi

212

KUALA TERENGGANU – Tahun ini, umat Islam sekali lagi berhari raya dalam suasana pendemik Covid19, yang menyebabkan “kita terlihat jauh dengan orang yang kita sayangi dan kasihi.”

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang berkata, ia memang sesuatu yang berat untuk dirasai dan dialami.

“Tetapi, itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT. Marilah kita mengingati kembali tentang siapa kita,” ujarnya dalam satu kenyataan media, sempena Media Aidilfitri.

Sebagai hamba Allah, kata beliau, kita mesti tunduk kepada apa jua perintah Allah SWT, dalam apa jua suasana.

” marilah kita mengingati perakuan dan pengakuan kita kepada-Nya setiap kali solat dan apabila menjelang hari raya.

” Bersama kita menyambut Aidilfitri kali ini, dengan kegembiraan yang bertepatan syarak, terkawal dari akhlak dan tatasusilanya, sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT,” jelasnya.

Justeru, mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Husain mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

” Semoga Allah berikan kesejahteraan kepada kita semua,” tambahnya