DUNGUN – PASTI Rantau Abang(PADURA) berjaya merampas semula takhta
juara keseluruhan Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan Dungun tahun ini, setelah kali terakhir menguasai pentas itu pada 2023.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang,Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata dengan membawa visi dan misi “Kembali Juara”, pasukan itu tampil dengan penuh keyakinan untuk meraih semula kejuaraan yang terlepas pada 2024.
“Alhamdulillah, tahniah buat semua warga PASTI Rantau Abang. Moga semangat ini dapat diteruskan untuk mengangkat nama PASTI Kawasan Dungun di peringkat negeri Terengganu,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian di majlis penghargaan yang diadakan bagi meraikan guru, ibu bapa dan pelajar yang telah menyumbangkan kejayaan tersebut.
Menurut Ustaz Mohd Fadhli, kejayaan kali tersebut mengulangi kejuaraan yang pernah dinobatkan pada 2022 dan 2023.
“Dengan Alam Ria PASTI tahun ini, PASTI DUN Rantau Abang diumumkan sebagai johan menerusi lima acara daripada 11 acara yang dipertandingkan iaitu Khutbah, Pidato dan Bercerita Perempuan, Bercerita Lelaki dan Hafazan Perempuan.” ujarnya.




























