Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Kedatangan Ramadan, bulan penuh keberkatan amat dinantikan oleh mereka yang susah dan miskin kerana pada bulan ini, ada rezeki buat mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, ‘bulan al-Quran’ itu juga, orang ramai menyumbang zakat dan sedekah untu diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
“di bulan puasa ini banyak zakat yang di agihkan begitu juga sumbangan dan sedekah…….PAS Wakaf Mempelam tidak ketinggalan meraikan golongan marhaen yang hidup serba kekurangan,” ujarnya.


Menurutnya Haji Wahid, sebanyak 950 kampit beras diagihkan kepada 500 penerima beserta sedikit sumbangan kewangan sebagai menampung keperluan harian mereka.
Katanya, ia membuktikan PAS amat prihatin kepada rakyat yang menghadapi kesulitan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.


Amzad Hashim berkata, pelbagai cukai yang dikutip termasuk GST oleh kerajaan, namun begitu katanya pada majlis yang sama, pulangan kembali kepada rakyat tidak setimpal.
“dengan kekangan kewangan sekarang……..dua kampit beras amat berharga, sedikit duit untuk membeli keperluan lain disaat harga barang yang semakin hari semakin tinggi tentu menyulitkan bagi keluarga ramai,
“PAS amat prihatin dengan nasib rakyat yang tertipu dengan ‘gula-gula’ kerajaan BN, apa yang diberi tidak setanding dengan apa yang dikenakan kepada rakyat bawahan,” jelasnya.


Rokiah Ismail berkata, dengan anak lima orang yang masih bersekolah, beliau cukup terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
“saya cukup terbeban dengan kadar harga barang yang semakin mahal……….. walau bagaimanapun sumbangan ini mampu meringankan sedikit perbelanjaan saya menghadapi hari raya ” ujar beliau yang agak sebak ketika sumbangan tersebut.




























