Ramadan Di Yaman; Puasa Waktu Siang Dan Berlapar Di Malam Hari

2782

Di seluruh dunia, umat Islam Islam meyambut Ramadan dengan gembira, rohani dan jasmani melaksanakan ibadah dalam bulan yang terbaik itu.

Namun, malang kepada warga Yaman yang berpuasa pada siangnya dan terpaksa berlapar di malam hari.

Seorang warga tua, Fatima Salah, 58, tidak tidur pada waktu siang kerana banyak yang terpaksa beliau lakukan sepanjang bulan puasa Ramadan.

Beliau merayau sekitar kota Sanaa menziarahi jiran-jiran dan kedai-kedai tempatan, dengan harapan untuk mendapatkan makanan yang mencukupi untuk memberi makan keluarganya pada waktu malam.

“Saya letih dan dahaga kerana berjalan, dan saya berpuasa tanpa makan sahur yang baik,

“Saya hidup dengan beribagah di rumah saya, dan Ramadhan adalah bulan terbaik saya (tetapi) peperangan ini telah meragut kegembiraan kami setiap hari,

“Ramadan lepas adalah baik, tetapi kali ini adalah sangat sukar. Kita berpuasa pada siang hari dan berlapar pada waktu malam.” Kata Fatima dipetik Al Jazeera, dengan berlinangan air matanya air mata.

Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini memberi amaran bahawa 17 juta Yaman menghadapi kebuluran, kerana tersekatan bantuan kemanusiaan yang segera daripada masyarakat antarabangsa.

Perang, yang telah berterusan selama lebih daripada dua tahun, telah menjadikan banyak keluarga Yaman jatuh dalam ‘kancah kemiskinan’ dan berputus asa.

“Ia adalah bulan Ramadhan, dan leher saya ‘direnggut’ dengan kemiskinan,

“Saya memerlukan makanan untuk keluarga saya dan saya perlu membayar 20.000 rial [$ 80] untuk sewa rumah saya dan mempunyai dua kebimbangan berterusan………kelaparan dan pengusiran,” kata Fatimah, sayu.