Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Rakyat harus sentiasa bersama perjuangan Islam dan memilih PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana ia adalah perjuangan yang diberkati.
Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ia terbukti apabila semua perancangan kebajikan para wakil rakyatnya tidak tergendala, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan dan peruntukan kerajaan.
“Satu hakikat yang kita perlu faham, saya minta supaya kita sentiasa dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS walaupun dalam keadaan seperti yang kita tengok (tanpa peruntukan daripada kerajaan),
“tetapi (PAS) masih lagi boleh mencari sumber-sumber daripada penyumbang-penyumbang yang sangat dermawan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Awal Persekolahan di sini pada Sabtu, 17 Disember
Bahkan, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu berkata, bantuan yang diaslurkan bertambah banyak dan lebih ramai rakyat yang mendapat faedah.
“Tahun lepas 10 orang (terima bantuan) satu cawangan, tahun ini sudah naik kepada 15 orang, Insya Allah kalau menjadi kerajaan ia lebih besar daripada itu sebab ia menjadi kewajipan.”
“saya sebutkan ini supaya kita mengambil faham dari apa yang berlaku pada hari ini, apa jua yang berlaku selali pun kita jangan lari dari perjuangan Islam,”tegasnya.
Menurut beliau, Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, Allah akan menarik ‘keberkatan’ dalam kehidupan sekiranya, manusia lari dari Islam dan perjuangan Islam.
Katanya, Allah akan mengangkat ‘berkat’ daripada usaha dan pekerjaan mereka, walaupun mereka mendapat hasil yang banyak, tetapi tidak mencukupi.
“Apa makna berkat? Sedikit mencukupi, banyak boleh memberi dan membahagikan……..lalu Allah tarik keberkatan daripada kehidupan ini kalau kita tidak memberi perhatian kepada soal yang paling asas, Islam dan perjuangan,
“berkat ditarik ialah kita mencari (rezeki) menjadi sulit, hari ini nak cari ‘pitih’ payah, keluar meniaga tidak boleh seperti biasa, orang gi ke laut, minyak dan barang-barang persiapan gi kelaut yang di keluarkan,
“balik tak dapat hasil seperti yang dimahukan, cari kerja pun payah, nak kerja pun payah dan jadi kadang-kadang anak-anak yang keluar daripada universiti mengikut angka ada yang kata 80,000, ada kata 200000 , tiada kerja, sulit mencari,
“sudahlah susah mencari, bila boleh harga barang jadi mahal, ini benda yang kita hadapi, sekarang ni perbelanjaan besar, kita nak tumpu persiapan persekolahan anak, bagaimana selepas ini perbelanjaan untuk ke sekolah, pendidikan,“ujar beliau dihadapan lebih 600 orang yang hadir.











