Terengganu, Malaysia

Rakyat Malaysia Kutuk Rampasan Kuasa Tentera di Mesir

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/ABC%20Solat%20Hajat1.jpg

“Kita (umat Islam) sangat rasa dukacita dan sedih dengan tindakan pihak tentera yang mungkin berkompromi dengan pemberontak (pembangkang) untuk menjatuhkan kerajaan Islam Mesir di bawah kepimpinan parti Ikhwanul Muslimin.

“Golongan yang tidak mempercayakan Islam kini terhimpit di Mesir. Sebab itu, mereka (pembangkang) melakukan kebangkitan dengan disokong oleh Amerika, disokong oleh England, disokong oleh Perancis, disokong oleh negara-negara barat dan mereka sedang bergerak menggulingkan kerajaan Islam yang sah.

“Sekarang genap setahun kerajaan di bawah pimpinan Dr Mohamed Morsi yang telah mengalahkan golongan sekular (saki baki Hosni Mubarak). Kerajaan Mesir yang diterajui oleh Ikhwanul Muslimin secara demokrasi telah dirampas kuasanya oleh pihak Tentera Mesir,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menunaikan solat hajat dan munajat bersama 500 guru dan pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu pada Khamis 4 Julai.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/ABC%20Solat%20Hajat.jpgBeliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, umat Islam di negara ini bersolidariti dan prihatin dengan tragedi yang berlaku di Mesir serta mengutuk rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden, yang telah dipilih melalui sistem demokrasi.

Menurutnya, kerajaan pimpinan Dr Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslim telah memenangi pilihan raya secara sah setahun lalu tetapi dinafikan pihak pembangkang yang diketuai oleh Mohamed al-Baradei.

“Kerajaan (Mesir) yang dipimpin oleh Dr Mohamed Morsi (Presiden) dan didokong oleh gerakan Islam yang mendapat sokongan rakyat serta memenangi pilihan raya telah diguling secara terancang dengan persenjataan dan pemberontakan.

“Mereka (pemberontak) mendapat bekalan senjata. Kumpulan pemberontakan ini mendapat sokongan barat untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Mesir yang telah menang pilihan raya secara sah setahun lalu,” jelasnya.

Ustaz Abu Bakar mendakwa pihak tentera turut bersekongkol dengan ulamak pro-pembangkang Syeikh al-Azhar bagi merampas kuasa tersebut.
Ketua Angkatan Tentera mengeluarkan satu deklarasi bagi menggantung Perlembangaan Mesir dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai Ketua Interim Negara.

Sehubungan itu, pemimpin tentera dan tokoh politik, Abdel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi dan anggota kanan Ikhwanul Muslimin juga berada di bawah tahanan tentera.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan