Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei berkata rakyat Iran adalah ‘Pemenang Sebenar’ di medan perang.
Beliau menegaskan, Iran tidak pernah berusaha berperang tetapi juga tidak akan mengabaikan haknya.
Beliau membuat kenyataan itu pada malam Khamis dalam mesej yang dikeluarkan sempena hari ke-40 sejak kesyahidan ayahnya Ali Khamenei.
Menurut agensi IRNA, mesej itu juga merangkumi perkara-perkara penting yang berkaitan dengan Perang Ketiga yang Dikenakan.
Mojtaba Khamenei berkata bahawa Perang Ketiga yang terjadi membuka lembaran baharu kekuatan negara dan nama Iran Dan reputasi Islam kini semakin meningkat naik.
Katanya, jelas kelihatan bahawa Iran menjadi “kuasa besar” dan Keangkuhan Amerika semakin merosot, dengan “rahmat ilahi.”
Beliau menghargai rakyat kerana turun ke jalanan selama 40 malam berturut-turut untuk menyokong pasukan tentera Iran, menggesa rakyat untuk meneruskannya.
“kehadiran sejuta orang itu merupakan salah satu tonggak kuasa dan merupakan antara elemen rundingan yang berkesan.”


“Selama 40 hari dan malam, para sahabat dan Ummat Pemimpin, Syahid Khamenei, telah turun seperti bola api di atas kepala Firaun.” jelasnya.
Mengulas tentang negara-negara jiran selatan Iran, beliau berkata, “Anda sedang menyaksikan keajaiban,” dan menggesa mereka untuk memerhati dengan teliti, memahami perkara dengan lebih jelas, berdiri di pihak yang benar, dan tidak mempercayai janji-janji syaitan.
“Kami masih menunggu respons yang sewajarnya daripada anda, jiran selatan kami, supaya kami dapat menunjukkan persaudaraan dan muhibah kami kepada anda.
“Ini tidak akan direalisasikan melainkan anda meninggalkan Kuasa Sombong, yang tidak melepaskan peluang untuk menghina dan mengeksploitasi anda.” tegas beliau
Beliau berkata, Tehran pasti akan menuntut pampasan penuh
daripada ‘penjenayah’ yang menyerang Iran, atas semua kerosakan yang berlaku, serta wang darah untuk para syuhada dan pampasan untuk mereka yang cedera akibat perang.
Beliau juga berkata bahawa Iran pasti akan membawa pengurusan Selat Hormuz ke fasa baharu.
“Kami tidak pernah mencari perang dan tidak mencari perang; namun kami sama sekali tidak akan melepaskan hak sah kami,” katanya, sambil menambah bahawa dalam isu ini, Iran menganggap seluruh Barisan Perlawanan sebagai satu entiti yang bersatu padu.




























