KUALA TERENGGANU – Rakyat berhak untuk mendapat perkhidmatan daripada kita sama ada ketika mana kita dipilih dan kemudian yang membentuk kerajaan atau pun berada dalam pembangkang.
Menurut Yang Dipertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, arahan tersebut disampaikan oleh Allah Dalam Al-Quran yang bermaksud, “Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu berhukum dengan adil.”
“Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah maha mendengar lagi maha melihat.” kata beliau membacakan surah An- Nisaa’ ayat 58.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap Dalam perbahasan Usual Menjunjung Titah Tuanku semalam.
Oleh itu kata beliau,, kerajaan dan wakil Rakyat yang diberii mandat pada pilihan raya akan dipersoalkan atas tanggungjawab yang diberikan berdasarkan kepada kedudukan masing-masing.
“Dan yang keduanya yang ditegaskan dari dasar ayat ini ialah tentang berkait dengan soal apabila menghukum mestilah menggunakan keputusan hukuman yang adil.” tegas beliau.
Justeru dengsn itu tambah beliau, peringatan Allah itu ialah kepada kerajaan dan wakil Rakyat Untuk melaksanakan perintah Allah itu.
“Dan Allah memberi peringatan kepada kita sekalian supaya meletakkan asas bagi orang-orang yang beriman sudah ada dasar-dasar pemerintahan yang ditetapkan dari ayat yang saya bacakan.”jelas beliau.





























