RABITAH Tuntut Mahmood Zuhdi Minta Maaf

150
Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kama

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (RABITAH) menuntut Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi meminta maaf kepada seluruh institusi pendidikan Islam yang ada di bumi Malaysia.

Pengerusinya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal menyatakan setinggi-tinggi kekesalan atas kenyataan “Sekolah Pondok Menyebar Fahaman Ekstremis”.

Beliau menegaskan, pernyataan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak berpijak di bumi nyata.

“Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang menyatakan yang telah disiarkan pada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertarikh 31 Julai 2022.

” Prof Dr Mahmood Zuhdi sepatutnya tidak membuat generalisasi dan tuduhan melulu begitu kerana ia menjemput persepsi negatif,” jelas beliau

Ustaz Muzaihar berkata demikian dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Menurutnya, kenyataan ahli akademik tersohor itu memberikan konotasi buruk terhadap institusi pendidikan Islam termasuklah di Terengganu.

Justeru itu, kata beliau, RABITAH membantah sekeras-kerasnya dan menuntut agar Prof Dr Mahmood Zuhdi menarik balik kenyataan itum

“beliau telah mengguris perasaan tuan-tuan guru, baba, asatizah dan anak-anak pondok yang sedang menimba ilmu akhirat.” tegasnya.