Qatar Biaya AS254 Juta Untuk Pembangunan Gaza

880
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/Gaza.jpg

Projek yang diumumkan oleh Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi, memerlukan kerjasama dari Israel serta Mesir bagi membenarkan jentera berat dan bahan binaan dihantar ke Gaza.

Al-Amadi berkata, segala rancangan telah diatur dengan teliti dan ia akan dimulakan dengan projek pembinaan lebuh raya [Gambar ] di sepanjang pesisir pantai Mediterranean.

“Mengikut dasar kami, selepas kesemua projek pemulihan infrastruktur ini selesai, ia akan diserahkan kepada kementerian berkaitan. Dasar ini telah diguna pakai sebelum ini dan Gaza tidak terkecuali.

Keputusan kami untuk memberikan bantuan dana kepada Gaza juga bukan atas pengaruh politik kerana projek itu sebenarnya lebih memberi manfaat kepada penduduk,” jelasnya.

Di bawah projek pemodenan Gaza tersebut, sebanyak tiga jalan utama akan dipulihkan, sebuah bandar baru akan diwujudkan termasuk hospital dan kediaman selesa untuk penduduk.

Projek pembinaan yang mendapat suntikan dana terbesar dari negara luar itu diharap dapat mengubah cara hidup 1.6 juta penduduk di Gaza dan memberi peluang pekerjaan kepada 28 peratus penganggur di negara itu.-Reuters