Saya mengambil sedikit masa rehat seusai solat zohor bagi melihat beberapa berita berkenaan Qatar. Di tempat saya bertugas, tidak boleh membawa masuk telefon pintar sembarangan kerana isu keselamatan. Maka waktu tengahari adalah sangat sesuai bagi saya mengambil kesempatan membaca beberapa berita penting dan membalas pesanan WhatsApp serta FB. Mata saya terpaku kepada satu berita berkenaan kesanggupan kerajaan Qatar untuk tidak menyekat rakyat daripada negara yang memboikotnya untuk terus bertugas di Qatar.
Keceriaan mereka bukan setakat itu sahaja, malah pada waktu berbuka, mereka bertemu pula dengan seorang lagi rakan mereka, Ali yang baharu sampai dari Kaherah untuk kembali bertugas. Maklumat yang dia berikan ialah, tiada masalah langsung untuk mereka kembali berkerja di Qatar ini. Alhamdulillah saya tumpang gembira dengan perkembangan yang baik ini. Saya percaya ini bermula dari tindakan bijak kerajaan Qatar yang tidak memanjangkan isu ini.
Tetapi setelah beberapa lama, Saudi, UAE dan Bahrain akhirnya memutuskan untuk membenarkan keluarga-keluarga tersebut bersatu dengan berbagai syarat. Tidak kelihatan akhlak yang baik ditunjukkan oleh ketiga-tiga negara yang memboikot Qatar itu. Ini terbukti apabila amaran demi amaran dikeluarkan kepada rakyat mereka ataupun pemastautin luar di sana agar tidak menunjukkan walaupun hanya simpati kepada Qatar. Denda ratusan ribu, penjara bertahun-tahun bakal dikenakan. Mereka seperti takut dengan bayangan sendiri.
Ada juga laporan kepada Pertubuhan Hak Asasi Manusia tentang jemaah Qatar dihalau keluar dari Tanah Haram, menandakan begitu kesumat dendam mereka, sehinggakan sanggup menghalang hamba Allah dari beribadat di sana. Yang lebih memualkan ialah secara tiba-tiba Chad sebuah negara yang pernah mendapat tempat teratas dalam senarai negara paling rasuah turut menyertai negara memboikot Qatar. Rakan saya dari India berkata dia terpaksa melihat peta dunia bagi mencari lokasi negara Chad. Dia turut hairan apakah kaitan Chad dalam isu ini.
Tidak ubah seperti sepohon pokok rendang yang sedang lebat berbuah, yang dilempar dengan batu dan kayu, tetapi bukan sahaja membalas dengan buah-buah yang enak, malah menyediakan juga tempat berteduh pula. Qatar yang dari mula dilihat hanya mahukan perdamaian dengan mereka. Bergerak menghampiri Aidilfitri, kami berdoa agar hari lebaran itu bakal menjadi titik bersejarah hubungan negara-negara Islam ini kembali bertaut.
***Penulis sekarang ini sedang berkhidmat di Qatar