Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa kerajaan Malaysia mengenakan tekanan diplomatik sepenuhnya terhadap kerajaan Myanmar.
“Kita menuntut kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Myanmar,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Beliau turut mendesak agar satu sidang di peringkat ASEAN diadadakan segera bagi membincangkan isu Rohingya.
“kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan satu sidang kemuncak untuk isu yang sama,”jelas beliau
Sebelum itu, solat hajat khusus mendoakan keselamatan umat Islam seluruh dunia, khususnya kepada Rohingya di Myanmar ditunaikan sejurus selepas solat Zhohor.
Ketua Dewan Ulamak PAS Dato’ Dr Mahfodz Muhammad memimpin solat hajat dan doa yang disertai lebih 500 orang.
Antara pemimpin utama yang turut hadir ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak Dato’ Nik Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Ustaz Nasruddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Norazli Musa.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perhimpunan itu adalah bukti rakyat Malaysia khususnya PAS prihatin.
“Bukan kali pertama kita menghantar dan berhimpun menyatakan bantahan dan solidariti kepada pihak berkaitan,” ujarnya.
Beliau menggesa, kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan pemerintah Myanmar.
“Putuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar……..media (tempatan dan) antarabangsa (termasuk) Al-Jazeera ada bersama (hari ni untuk mengambil sikap tegas rakyat Malaysia.
“Isu berlaku adalah keganasan dunia sebenar, UN menutup mata,” katanya.