KEMASKINI : Sehingga jam 7 petang ; PKR 7,770 BN 6,504
– 6.45 petang, PKR 7053 BN 6010, Peti Undi Batang Kali PKR 901 BN 798
– 6.35 petang, kiraan tidak rasmi yang dilaporkan dari Blogger Pakatan Rakyat, Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim mendahului calon BN, P Kamalanathan.
PKR mendapat 3150 undi dan BN 2883, perinciannya adalah seperti dibawah;
Undi Pos
PKR – 120,
BN – 767
Rosak – 12
SMK Dato haji Kamaruddin
PKR – 407
BN – 192
Ulu Yam Barat
BN – 94
PKR – 171
5:55 pm
PKR – (138)
BN – (226)
Bukit Fraser:
PKR – (22)
BN – (15)
Spoilt – (1)
Berita Sebelumnya
Sumber tidak rasmi melaporkan Peti Undi Bukit Fraser telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan kelebihan 7 undi.
Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim mendapat 22 undi manakala Kamalanathan mendpat 15 undi.
Dengan tinggal hanya dua jam lagi untuk berakhirnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lebih 41,000 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab mereka stakat 3 petang tadi..
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 41,112 pengundi sudah mengundi dan berharap sasaran 80 peratus dapat dicapai apabila kesemua 48 pusat mengundi ditutup pada 5 petang.
Pengiraan undi akan dibuat di semua pusat mengundi. Keputusan dijangka 9.30 malam.
Tinjauan di pusat-pusat mengundi pula menunjukkan jumlah mereka yang keluar semakin berkurangan, ditambah dengan cuaca panas.
Proses pengundian perlahan bagi peti undi Sungai Tengi, Peti undi yang dibantu oleh kontinjen PAS Terengganu, yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sunai Tengi, disini. (gambar -Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu Ariffin Deraman turut kelihatan di pusatr mengundi).
Namun begitu keadaan agak hangat apabila penyokong Pakatan Rakyat berbalas sorakan DENGAN penyokong bn yang cuba meraih undi disaat akhir.
Seramai 16,932 atau 26.25 peratus daripada 63,701 pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga pukul 10 pagi ini.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata proses pengundian berjalan lancar sejak pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi dan ramai pemilih keluar awal berikutan keadaan cuaca yang baik.
Jumlah yang keluar mengundi dijangka meningkat selepas tengah hari memandangkan kebanyakan mereka adalah peneroka di beberapa tanah rancangan Felda dan pekebun kecil yang pergi ke kebun masing-masing pada sebelah pagi.
Seramai 799 pengundi pos menunaikan kewajipan mereka pada Khamis dan Jumaat lepas pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan di antara Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat.
Klik Untuk lihat gambar-gambar sekitar hari mengundi



























