KUALA NERUS – Kepulangan lebih awal Allahyarham Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik dari menghadiri beberapa program di Kuala Lumpur adalah merupakan ‘pulang untuk selama-lamanya’.


Katanya beliau terkejut selepas menerima berita suaminya terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.


Sejurus selepas itu mereka bergegas ke Hospital Hulu Terengganu dan semasa dalam perjalanan mereka dimaklumkan almarhum hanya mengalami kecederaan ringan.
“Bagaimanapun, selepas itu anaknya memaklumkan suaminya telah meninggal dunia, namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya dirumahnya petang tadi.
Katanya, arwah pergi ke Kuala Lumpur bersama pembantunya pada Jumaat lepas dan setiap hari beliau akan menghubunginya namun arwah tidak mem

Lebih 5,000 orang mendirikan solat jenazah almarhum yang diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob, kira-kita jam 5 petang.
Kemudian, almarhum disemadikan di kawasan perkuburan khas, yang terletak berhampiran asrama pelajar lelaki Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman di Tok Jiring.




Abu Bakar, 64 tahun, yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit (1999-2004) dan Dewan Undangan Negeri Jeram (1974 – 1978) meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Hulu Terengganu manakala pembantunya kini dirawat di hospital sama.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Jawatankuasa Pas Pusat Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik yang maut dalam kemalangan awal pagi ini.


“Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada arwah sepanjang jasanya menyandang jawatan sebagai exco kerajaan negeri pada pemerintahan Pas dari tahun 1999-2004.
“Sebagai seorang ahli politik arwah seorang yang cukup berdedikasi dalam memastikan pendidikan anak-anak di Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman di sini.
Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit sebelum turut mengerjakan solat Zohor bersama pemimpin serta pelajar di Maahad Tahfiz berkenaan.
http://youtu.be/zynvjWMetkk




























