Terengganu, Malaysia

PRU-13; Undi Melayu kepada Umno di Terengganu dan Perlis merosot

16 NGO jadi pemerhati PRU-13

Kajian pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan, walaupun meraih 61.6 peratus undi Melayu namun Umno hanya berjaya menambah 1.5 peratus lebih tinggi berbanding pencapaiannya pada 2008.

Kajian yang dilakukakan firma Merdeka Center mendedahkan, sebahagian besar peningkatan itu adalah di kawasan luar bandar atau pedalaman.

Dapatan kajian tersebut mengenalpasti, kenaikan terbesar sokongan pengundi Melayu adalah di negeri Kedah, di mana sokongan pengundi Melayu kepada Umno-BN bertambah 5.6 peratus.

result-pru13 dunManakala di bandaraya Kuala Lumpur pula, sokongan Melayu meningkat 6.4 peratus.

Dua negeri yang disimpulkan Umno menghadapi masalah perpecahan dalaman, negeri Perlis dan Terengganu mengalami kejatuhan undi orang Melayu masig-masing merosot 3.1 peratus di Perlis dan jatuh 3.6 peratus di Terengganu.

Di kalangan pengundi bukan Melayu pula, kira-kira 20 peratus pengundi Cina dan 5 peratus pengundi India telah mengalihkan sokongan mereka daripada BN kepada perikatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

Kajian tersebut juga mengesahkan adanya trend berbeza antara pengundi kawasan bandar dan luar bandar.

Ia menunjukkan peningkatan sokongan lebih tinggi bagi Umno-BN di kawasan luar bandar dan sokongan yang merosot bagi parti yang sama dalam kawasan bandar.

Terdapat 119 kawasan undi majoriti Melayu tahun ini dan hanya 20 daripadanya yang terletak dalam kawasan bandar.

BN memenangi 78 daripada 99 kawasan undi pedalaman dan lima kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Kajian Merdeka Center itu juga mendapati bahawa BN turut kehilangan sokongan pengundi India kepada PR.

Sokongan pengundi India bagi BN pula merosot daripada 51.1 peratus pada 2008 kepada 45.1 peratus tahun ini.

Hanya 24.4 peratus pengundi Cina menyokong BN tahun ini – satu kemerosotan hampir 20 peratus berbanding 2008, yang mana sebahagian besar daripadanya adalah di Johor.

Pengundi Cina membentuk 39.4 peratus keseluruhan pengundi di Johor, dan BN hanya mampu meraih sokongan 21.3 peratus pengundi Cina di negeri itu pada PRU-13 berbanding dengan 52.7 peratus yang diraihnya pada 2008.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan