Protes Rakyat Bangladesh Lumpuhkan Aktiviti Ibu Negaranya, Dhaka

1145
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/protest%20Bangla.jpg

Pemimpin kumpulan Hefazaat-e-Islam, Allama Shah Ahmad Shafi telah ditahan dan dibawa menaiki pesawat ke Chittagong, bandar kedua terbesar di Bangladesh, kerana didakwa menghasut orang ramai melakukan protes terhadap pemerintah.

Namun begitu, pemerintah menafikan penahanan tersebut dan menyatakan, Allama Shah Ahmad Shafi hanya dipindahkan.

Berpuluh-puluh ribu penyokong Hefazaat berhimpun berhampiran kawasan komersial Dhaka awal pada hari Isnin bagi menuntut perlaksanaan undang-undang anti-fitnah dengan peruntukan hukuman mati.

Himpunan yang bertukar ganas itu telah merebak ke kawasan-kawasan luar bandar, dengan sekurang-kurangnya mengakibatkan dua orang pegawai polis dan pengawal sempadan dilaporkan mati dalam kejadian di Narayanganj, kira-kira 20km di luar Dhaka.

Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran pada hari Isnin sahaja.

Disamping itu, kedua-dua parti pembangkan BNP dan Liga Awami turut memanggil ahli-ahli mereka berhimpun di Dhaka pada hari Isnin.

Namun begitu, Liga Awami kemudian membatalkan perarakan parti itu.

Parti-parti pembangkang juga telah menyerus supaya mogok besar-besaran di adakan di luruh negara pada hari Rabu dan Khamis.