Beribu-ribu orang berkumpul pada hari Isnin di tengah-tengah Dataran Taksim di bandar Istandul, di mana protes didorong oleh rancangan pembangunan semula bagi kawasan itu bermula minggu lepas.
Agensi berita al-Jazeera melaporkan, sebuah helikopter telah berlegar di atas orang ramai dan gas pemedih mata telah ditembak ke dataran, meningkatkan ketegangan protes yang berlaku sejak siang hari, dimana penunjuk perasaan hanya mengibarkan bendera, menari dan melaungkan slogan.
Beberapa kilometer dari Dataran Taksim, polis juga turut melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul berhampiran pejabat Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan di pusat bandar berhampiran stadium pasukan bola sepak Besiktas.
Polis turut bertempur dengan penunjuk perasaan di ibu negara, Ankara, dimana dilaporkan bahawa polis bukan sahaja melepaskan gas pemedih mata, tetapi air bertekanan tinggi turut digunakan terhadap penunjuk perasaan.
Kebanyakan orang di khalayak ramai yang menunjuk perasaan adalah pelajar sekolah menengah.
Sumber perubatan berkata beratus-ratus orang telah cedera dalam empat hari pertempuran, dan kumpulan hak asasi menuduh polis menggunakan kekerasan yang berlebihan.
Erdogan berkata pada hari Isnin ketegangan di Turki sedang menurun dan menuduh pembangkang memainkan peranan menghasut protes.
“Apabila saya kembali dari lawatan ini, masalah akan dapat diselesaikan, Parti Rakyat Republikan [CHP] dan pembangkang lain mempunyai tangan dalam peristiwa-peristiwa ini.”kata beliau yang berada di Rabat, Maghribi.
Erdogan bersedia untuk kembali ke Turki pada hari Khamis selepas lawatan rasmi empat hari di Afrika Utara.
“Hari ini orang-orang di jalan di seluruh Turki tidak semata-mata dari CHP, tetapi dari semua ideologi dan dari semua pihak,” Mehmet Akif Hamzacebi, seorang anggota kanan parti, katanya.
Rusuhan meletus pada hari Jumaat apabila pokok-pokok telah ditebang di sebuah taman di Taksim Square di bawah rancangan kerajaan untuk membangunkan semula kawasan tersebut.
Erdogan telah dilihat dapat mengubah Turki pada masa sedekad beliau berkuasa, dan menjadikan ekonomi Turki yang sebelunya dilanda krisis kepada ebuah negara paling pesat berkembang di Eropah.
Beliau kekal setakat ini sebagai ahli politik yang paling popular Turki, tetapi pengkritik menunjukkan apa yang mereka lihat sebagai pemerintahan ‘autoritarian’ dan campur tangan konservatif agama dalam kehidupan peribadi di republik Turki yang sekular.
Sekatan yang lebih ketat ke atas jualan alkohol dalam beberapa minggu kebelakangan ini juga telah menimbulkan bantahan.





























