Oleh : Noreni Abu Bakar
DUNGUN – Peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan sepatutya digunakan untuk melaksanakan projek-projek yang memberi manfaat masyarakat dan bukan untuk diselewengkan.
Sebaliknya menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun, sesetengah pemimpin kerajaan melaksanakan pembangunan adalah untuk keuntungan peribadi dan politik kelompok masing-masing.


“kerana projek-projek ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat,”katanya.
Sebagai contoh, kata beliau, kerajaan meluluskan projek mahu menjadikan Tasik Kenyir sebagai sebuah pusat perlancongan dan pusat perniagaan, sedangkan ianya jauh di pedalaman.
“Daripada fikiran kita nilah dok logik, sape nak gi ke Kenyir, dengan tambangnya, dengan naik botnya, lepas tu beli, buat balik ke daratan, sedangkan barang-barang tu bukan dari Kenyir tapi bawak dari dari daratan,
“sudah tentu harganya berlipat kali ganda, tetapi mereka masih meneruskan projek-projek yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat,”tambah beliau ketika berucap pada majlis sumbangan ‘Dapur Rakyat’ di Pulau Serai pada Ahad, 22 Mei.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berkata, wakil-wakil rakyat PAS telah dinafikan dan tidak diberikan sebarang peruntukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN).


“Walaupun kita tidak mempunyai dana yang banyak (tapi) kita senantiasa memikirkan bagaimana nak menjayakan program-program cakna rakyat,
“Alhamdulillah inilah rezeki Allah yang perlu kita ingat, jangan kata ‘kalu tidak ada orang ni, tak makan kita’, “tegasnya.
Selain ‘Dapur Rakyat’ dengan sumbangan barang dapur kepada golongan yang kurang berkemampuan, program itu juga diserikan acara Ameerah dan muslimat, pemeriksaan kesihatan percuma, rawatan Alternatif Darul Syifa’, majlis bacaan Yaasin Muslimat dan sumbangan anak yatim.




























