Projek Bebas Cukai Kenyir Tanpa Kajian Kebolehlaksanaan

162

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Projek pembangunan di Palau Bayas yang dikenali sebagai Kompleks Bebas Cukai Kenyir oleh kerajaan terdahulu dijalankan tanpa dokumen Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study).

Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau pernah mempersoalkan perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Saya pernah bertanya didalam ucapan perbahasan di Dewan Undangan Negeri semasa menjadi pembangkang dahulu. Dimanakah dokumen kajian bagi projek tersebut yang boleh disemak dan dihalusi.

“Tapi pihak kerajaan semasa itu hanya membisu tanpa sebarang jawapan, samada dokumen itu ada atau tidak.

“Setelah ditanya sekarang ternyata ianya tidak wujud. Inikah yang dikatakan sebuah kerajaan yang cekap?, ” soalnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh itu berucap di Program Ceramah Isu, Jelajah Treller Teguh Pertahan anjuran PAS Negeri Terengganu peringkat Kemaman di Pejabat ADUN Air Putih, Binjai pada 3 Oktober.

Namun begitu, beliau mengharapkan agar Maufakat Nasional yang digagaskan oleh PAS akan terus bertahan demi Ummah sehingga menjelang pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi.

Turut diadakan cabutan bertuah kepada hadirin oleh pihak ADUN Air Putih, Cikgu Ab Razak Ibrahim bagi memeriahkan suasana.