KUALA TERENGGANU – Projek Akuapolitan Kuala Nerus adalah satu projek ‘angan-angan’ yang masih tidak diketahui bagaimana ia akan dilaksanakan.
Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan, projek yang yedang dilaksanakan sekarang, di pejabat Akuapolitan yamg terletak di Seberang Takir, adalah projek yang berkaitan dengan Akuapolitan.
Sebaliknya beliau mengakui, projek yang masih belum dilaksanakan itu adalah ideanya sendiri dan berkata ia masih dalam kajian yang diserahan kepada pusat pengajian tinggi tempatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
“maka lahirlah satu cadangan ini memang idea saya sendiri berasaskan kepada perlaksanaan Felda…..ini adalah satu-satunya projek yang pertama di dunia memang tak boleh dilihat dan diambil panduan dari mana-mana,


“saya telah menyatakan kepada kepada ECER dan UMT yang telah dilantik sebagai ‘consultant’ sepaya melaksanakan projek ini,”katanya memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis 30 Mac.
Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata projek bernilai RM 180 juta yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 23 Mei 2016 masih ‘kabur’.
“hingga kini masih tidak jelas konsep dan program yang hendak dijalankan………Razif sendiri semasa memberi jawapanya dalam sidang dun baru ini masih kurang pasti kaedah perlaksanaan projek ini malah ianya masih lagi dalam kajian oleh UMT,


Kata beliau, yang ada hanyalah pejabat Pusat Latihan dan Keusahawanan Akuapolitan yang baru-baru beberapa kursus termasuk Kulinari, Jahitan dan Rekaan Fesyen, yang tiada kaitan langsung dengan maksud ‘Akuapolitan’.
“Ini semata-mata untuk mengaburi rakyat seolah-olah projek akuapolitan telah dimulakan (dan) adalah menjadi kebimbangan kita Akuapolitan ini akan menambahkan satu lagi legasi kegagalan pentadbiran beberapa Menteri Besar Terengganu masa lalu,
“Dato’ Seri Idris Jusoh dengan Taman Ilmu di Besut (yang tergendala), Dato’ Seri Ahmad Said dengan Projek Bandar Baharu Kijal dan ‘Ubi Gadong’ dan Ahmad Razif dgn Akuapolitan?,” soal beliau.
Yang jelas, kata beliau, semuanya itu semua melibatkan pembaziran berbilion wang rakyat dan kesimpulanya Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi untuk memajukan negeri ini.
Berita terkait;
Ketakutan Razif Ada Asasnya

























