Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu

827

Menurut jadual yang dipaparkan dalam blognya, beliau akan sampai dan menutup satu program persiapan pilihanraya di sebuah hotel, disini, pada jam 5 petang.

Pada sebelah malamnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijadualkan akan berceramah di dua tempat, Kuala Berang dan Dungun.

Berikut adalah jadual penuh lawatan Anwar;

9 Julai 2010 (Jumaat)

1) 5.00 Ptg – Majlis Penutup Program Seharum dan Persiapan Pilihanraya  

2) 6.00 Ptg – Sidang media

Lokasi : Hotel Kenanga, Kuala Terengganu

3) 7.20 -8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi – Surau Taman Safiah, Bukit Payung, Marang

4) 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 1

Lokasi – Kuala Berang (Berdekatan Masjid Kuala Berang)

Penceramah :

1)    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)    YB Saifuddin Nasution
3)    YB Mohd Nor Hamzah
4)    Ybhg Mahyuddin Abdul Rashid
5)    Ybhg Rafizi Ramli

5) 9.00-12.00 Malam – Ceramah Perdana 2

Lokasi – Masjid Lama Sura, Dungun

Penceramah:

1)    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)    YB Azmin Ali
3)    YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli
4)    Ybhg Mustafa Kamil Ayub
5)    Ybhg Abd Rahman Yusof