Ibadat korban merupakan amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW. Baginda menggalakkan sahabatnya melakukan ibadat korban.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi” ( Hadis Riwayat at-Tirmizi )
Antara hikmat ibadah korban ialah yang pertama, untuk mengekalkan ingatan kepada kisah Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s sebagai korban.
Yang Kedua, ia melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
Yang ketiga, memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada fakir miskin.
Dan yang keempat ialah, untuk menyemai dan menanamkan sifat terpuji dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
Antara fadilat berqurban itu ialah sebagamana dibawah;
1. Keampunan…,Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT.
Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan amalan ini.
Bagi mencari alternatif kos amalan qurban di tanah air yang mencecah RM 600.00 – 800.00 sebahagian, kami menawarkan harga yang terbaik bagi anda iaitu hanya RM350.00 satu bahagian.
Yang penting ialah keikhlasan dalam amalan qurban, (Every one can qurban) dan pelaksanaan kami pastikan bahawa lembu dari jenis domestik, yang cukup sifat dan umur.
Penyembelihan akan di lakukan di kawasan pedalaman Kemboja dan setiap penyertaan akan dikeluarkan sijil penyertaan dan gambar penyembelihan.
Salam hormat dari kami ‘Team Qurban Kemboja KEBAP 2017.
YB. Ustaz Ariffin Deraman
Haji Abdullah Suhaimi Zakaria
Mohd Al Ghazali Abu Bakar