Terengganu, Malaysia

PRN Sarawak ; Pencapian PAS Membanggakan

PRN Sarawak ; Pencapian PAS Membanggakan

KUALA TERENGGANU – Dari awal lagi PAS berpijak di bumi nyata akan kekuatan yang dimiliki oleh parti itu di Bumi Kenyalang.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, penyertaan PAS dalam PRN Sarawak adalah untuk tujuan dakwah dan memperkenalkan politik Islam yang diperjuangkan PAS.

IMG-20160411-WA0014“Kita tampil ke medan juang dengan tawadu’ tapi bekerja sehabis daya. Saya pernah mengetuai gelombang kedua pasukan petugas bantu PAS Terengganu di Sadong Jaya.

“Saya cukup memahami bagaimana kesungguhan dan pengorbanan ‘team’ kami dalam menyempurnakan amanah parti,”jelasnya

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan pilihan tersebut , dimana PAS masih belum memenangi sebarang kerusi dari 11 DUN yang ditandingi.

Oleh itu, beliau menegaskan, PAS menerima keputusan dengan penuh kemuliaan sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Keputusan telah dimaklumi. Bumi Sarawak yang subur untuk dakwah belum lagi berjaya menumbuhkan tunas sulong wakil PAS di DUN Sarawak.

“Kita tampil ke medan dengan tawadu’ dan kita menerima keputusan dengan dengan penuh izzah seorang pejuang,”ujarnya.

YYUSFSehubungan itu, calon PAS bagi DUN Samariang Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi menyifatkan, peningkatan undi PAS bagi kerusi tersebut adalah satu kejayaan.

Menurutnya, berbanding undi yang dierima PAS sewaktu bertanding pada tahun 2001, peningkatan lebih 1000 undi membuktikan PAS semakin diterima oleh rakyat Sarawak.

“Tahun 2001, kali pertama PAS di Samariang bertanding dalam PRN Sarawak. Masa tu dapat undi kurang dari 1000.

“Alhamdulillah, kali ni setelah belasan tahun tidak menyertai PRN (di DUN tersebut), kali ini PAS mendapat undi sebanyak 2035.

“Kedua tertinggi selepas Beting Maro. Ini membuktikan PAS diterima oleh masyarakat di Samariang khususnya. Tahniah PAS Samariang,”ujarnya melalui laman sosialnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan