PRN Negeri Sembilan; Ustaz Fatah Ajak Rakyat Lakar Sejarah Tumbangkan Kerajaan PH-DAP

184
Ustaz Abdul Fatah Zakaria

PORT DICKSON – Seluruh rakyat Negeri Sembilan (NS) diseru melakukan perubahan politik dan melakar sejarah baharu pada pilihan raya negeri (PRN) ke-16 dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – DAP.

Calon PAS-Perikatan Nasional (PN) DUN Bagan Pinang, Ustaz Abdul Fatah Zakaria berkata, usaha yang dibuat sejak krisis politik Darul Khusus dan peristiwa menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyingkirkan kerajaan pimpinan pimpinan Menteri Besar PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 27 April 2026

“kita dalam rangka program kempen Insya-Allah kita adalah pelakar sejarah, projek perintis untuk menumbangkan kerajaan PH-DAP setelah banyak perbincangan dibuat,

“detik kerjasama bermula apabila kita menandatangani SD melibatkan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) dan lima orang ADUN PN,

“perjumpaan demi perjumpaan dibuat selepas itu sehinggalah pada 18 hb Julai kita menoktahkan kerjasama diantara PN dan BN,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Umum Perdana di Markas PAS Port Dickson, semalam.

Beliau optimis, gerakan Penyatuan Umat Melayu Islam yang bermula di PRN Johor akan berakhir dengan kemenangan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-16 nanti.

“Berilah sokongan kepada kami untuk meneruskan kesinambungan perjuangan ini dan yang paling penting kepada kita semua adalah untuk mempertingkan kerja kempen,

“Dalam tempoh sembilan hari ini kita teruskan gerak kerja kita untuk memastikan semua pengundi mengundi BN dan PN pada 1 Ogos ini,” tegas beliau.

Justeru katanya, keputusan menjatuhkan kerajaan PH-DAP pada PRN NS kali ini akan dikenang dan diingati oleh anak cucu pada masa akan datang.